Pertandingan Catur Terbuka USM Satu Malaysia (Kampus Kejuruteraan), 2011
Tarikh : 20 February, 2011
Masa : 8:00 pagi - 6:40 petang
Tempat : Dewan Utama USM (Kampus Kejuruteraan), Nibong Tebal
Syarat/Terma Pertandingan
1. Pertandingan ini akan dijalankan berdasarkan Sistem Swiss 7 Pusingan.
2. Tempoh masa yang diberikan kepada setiap peserta ialah 25 minit bagi setiap pusingan.
3. Notasi adalah digalakkan, tetapi tidak diwajibkan. Pengesahan keputusan pusingan permainan yang dibuat oleh peserta dianggap muktamad. Sebarang kesilapan yang berlaku disebabkan oleh kecuaian peserta membuat pengesahan tidak akan ditanggung oleh pihak pengelola.
4. Yuran pendaftaran adalah seperti berikut:
Usia Ahli PCA Bukan Ahli PCA
Under 12 RM 13 RM18
Under 18 RM16 RM21
Open RM18 RM23
Ahli Kelab Catur USM (Kampus Kejuruteraan) RM 15
IPT Awam atau Swasta RM 20
5. Pendaftaran boleh dibuat pada 12 Februari dan 13 Februari, 2011, bertempat di Kafetaria Lembaran USM (Kampus Kejuruteraan). Anda akan dilayan oleh pihak penganjur. Tempoh masa pembayaran ialah 6:00 petang sehingga 8:00 malam.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Februari, 2011. Pendaftaran boleh dibuat melalui talian telefon atau melalui pendaftaran di kaunter. Denda sebanyak RM5.00 akan dikenakan kepada mereka yang mendaftar pada hari pertandingan.
7. Panel Rayuan yang terdiri daripada 5 orang pemain akan dilantik sebelum pertandingan dimulakan.
8. Semua peserta adalah tertakluk kepada ¡§National Rating¡¨. Nilai permulaan sebanyak 1200 akan diberikan kepada mereka yang tidak memiliki ¡§National Rating¡¨.
9. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk setiap peserta dalam setiap pusingan permainan ialah 25 minit. Tempoh masa ¡§walk-over¡¨ ialah 25 minit.
10. Keputusan arbiter adalah muktamad. Sebarang aduan terhadap permainan perlu diserahkan kepada arbiter pertandingan dalam masa 15 minit selepas tamat permainan.
11. Sekiranya kedua-dua peserta tidak hadir, mereka akan dianggap kalah dan diberikan markah ¡§0¡¨ untuk pusingan tersebut.
12. Peserta yang tidak hadir untuk pusingan pertama dan telah disahkan tidak hadir akan digugurkan namanya. Bayaran yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan
13. Sebarang hadiah barangan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
14. Berhubung sebarang pertanyaan, sila hubungi:
a.) KOIK BOON TATT (+60164838237)
b.) CHONG TET WEI (+60164326908)
c.) LEE ZHE HENG (+60163938324)
d.) AMY HO WAI MAY (+60165330337)
15. Sistem pemutus mengikut keutamaan adalah seperti berikut:
a.) ¡§Progressive¡¨
b.) ¡§Buchholz¡¨
c.) ¡§Berger¡¨
d.) Bilangan kemenangan
16. Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pembaharuan terhadap mana-mana syarat/terma pertandingan yang telah dinyatakan sebelum atau semasa pertandingan.
Aturcara Pertandingan
0800-0930 Pendaftaran
1000-1050 Pusingan 1
1100-1150 Pusingan 2
1200-1250 Pusingan 3
1300-1400 Rehat
1400-1450 Pusingan 4
1500-1550 Pusingan 5
1600-1650 Pusingan 6
1700-1750 Pusingan 7
1810-1840 Penyampaian Hadiah
Hadiah Wang Tunai
Pertama RM400.00 Keenam RM50.00
Kedua RM200.00 Ketujuh RM45.00
Ketiga RM100.00 Kelapan RM40.00
Keempat RM80.00 Kesembilan RM30.00
Kelima RM60.00 Kesepuluh RM30.00
Hadiah Piala/Sijil
Bawah 9 tahun L/P Tiga tempat teratas
Bawah 12 Tahun L/P Tiga tempat teratas
Bawah 15 Tahun L/P Tiga tempat teratas
Bawah 18 Tahun L/P Tiga tempat teratas
Kategori Terbaik USM Tiga tempat teratas
Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah
Had bilangan pemain individu: 200 orang sahaja.
LOKASI KAMPUS
Please refer to EuhongChess for further details.
No comments:
Post a Comment