Friday, November 28, 2008

USM Engineering Campus Open Chess Tournament 2008

Date: 28th Dec 2008
Time: 8.00am-6.30pm
Venue: Dewan Utama USM (Engineering Campus), Nibong Tebal

Syarat/Terma Pertandingan
1. Pertandingan ini akan dijalankan berdasarkan Sistem Swiss 7 Pusingan.
2. Tempoh masa yang diberikan kepada setiap peserta ialah 25 minit bagi setiap pusingan.
3. Notasi adalah digalakkan, tetapi tidak diwajibkan. Pengesahan keputusan pusingan permainan yang dibuat oleh peserta dianggap muktamad. Sebarang kesilapan yang berlaku disebabkan oleh kecuaian peserta membuat pengesahan tidak akan ditanggung oleh pihak pengelola.
4. Yuran pendaftaran adalah seperti berikut:
Usia        Ahli PCA Bukan Ahli PCA
Under 12 RM10.00 RM15.00
Under 18 RM13.00 RM18.00
Open      RM15.00 RM20.00
Ahli Kelab Catur USM (KampusKejuruteraan) RM13.00
Pelajar USM (Semua Kampus)/ IPT Awam atau Swasta RM15.00


5. Pendaftaran boleh dibuat pada 23 Disember, 2008, bertempat di Kafetaria Lembaran USM (Kampus Kejuruteraan). Anda akan dilayan oleh pihak penganjur. Tempoh masa pembayaran ialah 6:00 petang sehingga 8:00 malam.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Disember, 2008. Pendaftaran boleh dibuat melalui talian telefon atau melalui pendaftaran di kaunter. Denda sebanyak RM5.00 akan dikenakan kepada mereka yang mendaftar pada hari pertandingan.
7. Panel Rayuan yang terdiri daripada 5 orang pemain akan dilantik sebelum pertandingan dimulakan.
8. Semua peserta adalah tertakluk kepada “National Rating”. Nilai permulaan sebanyak 1200 akan diberikan kepada mereka yang tidak memiliki “National Rating”.
9. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk setiap peserta dalam setiap pusingan permainan ialah 25 minit. Tempoh masa “walk-over”ialah 25 minit.
10. Keputusan arbiter adalah muktamad. Sebarang aduan terhadap permainan perlu diserahkan kepada arbiter pertandingan dalam masa 15 minit selepas tamat permainan.
11. Sekiranya kedua-dua peserta tidak hadir, mereka akan dianggap kalah dan diberikan markah “0”untuk pusingan tersebut.
12. Peserta yang tidak hadir untuk pusingan pertama dan telah disahkan tidak hadir akan digugurkan namanya. Bayaran yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan
13. Sebarang hadiah barangan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

14. Sebarang pertanyaan, sila hubungi
a)TEOW CHENN YANG (+60125328756)
b)CHIA ZI SHENG (+60142587857)
c)LAI SHIOU HORNG (+60168714678)
d)CHAN ZHUO MING (+60129890135)

15. Sistem pemutus mengikut keutamaan adalah seperti berikut:
a.) Progressive
b.) Buchholz
c.) Berger
d.) Bilangan kemenangan


16. Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pembaharuan terhadap mana-mana syarat/terma pertandingan yang telah dinyatakan sebelum atau semasa pertandingan.


Aturcara Pertandingan
0800-0830 Pendaftaran
0900-0950 Pusingan 1
1000-1050 Pusingan 2
1100-1150 Pusingan 3
1200-1250 Pusingan 4
1250-1350 Rehat
1350-1440 Pusingan 5
1450-1540 Pusingan 6
1550-1640 Pusingan 7
1800-1830 Penyampaian Hadiah

Hadiah
Pertama RM250.00  Keenam RM40.00
Kedua RM150.00     Ketujuh RM35.00
Ketiga RM100.00     Kelapan RM30.00
Keempat RM70.00    Kesembilan RM25.00
Kelima RM50.00       Kesepuluh RM20.00

Hadiah Piala/Sijil
Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta Institusi Pengajian Tinggi(IPT) dan sekolah. Had bilangan pemain individu: 200 orang sahaja.

No comments: