Wednesday, February 18, 2009

KL Challenger Champion & Recent NJM Nur Nabila in paper!

It's finally local media start to recognize the potential of Malaysian junior chess players in local & international scene! I remembered a few local newspapers highlighted a few talented Malaysian junior chess players a few years ago. The last being recognized in the news were Malaysian wonderkid Yeoh Li Tian & Yeap Eng Chiam. Correct me if I'm wrong. Besides also several former national junior players (boys or should i call them men now) from my generation who now had become the role model of current young chess players like IM Mas Hafizulhelmi, IM Wong Ji Zing, IM elect Lim Yee Weng, FM Nicholas Chan and his brother NM Marcus Chan, the youngest NM Jonathan Chuah, FM Ooi Chern Ee, FM Anas Nazreen Bakri & NM Dr Ng Ee Wern while for the girls  WIM Siti Zulaikha, NWM Nur Shazwani Zulkafli & NCM Wan Khye Theng. Recently NJM Nur Nabila was placed 12th placing in the recent concluded 11th CAS-Octagon First Quarter Allergro 2009 and also won the best ladies prize.

image

image

NJM Nur Nabila showing off her medals

Newspaper Quote

Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu menambah, bermain catur memerlukan ketangkasan otak. Sejak mencipta kejayaan di Vietnam, Nabila terus mencipta nama dalam pertandingan catur yang dianjurkan di Malaysia mahupun di luar negara.

Boleh dikatakan, hampir kesemua pertandingan yang disertai gadis genit itu sentiasa membuahkan hasil. Malah, lebih membanggakan, Nabila kini berada di kedudukan ke-1,837 dalam Organisasi Catur Dunia (FIDE).

"Terbaru, saya menjadi juara dalam pertandingan catur anjuran Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill di Kuala Lumpur," jelasnya yang memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 dan trofi. Hadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah.

Selain itu, Nabila yang juga menggemari sukan bola jaring pernah menjuarai Kejohanan Chessmaster Bandaraya Johor Bahru 2008, memungut pingat emas di KL Open Chess 2008, pingat perak (bawah 12 tahun) Sukan Wanita Kebangsaan dan bergelar juara dalam Kejohanan Junior Kebangsaan.

Tidak ketinggalan, dia pernah diiktiraf sebagai 20 pemain (bawah 10 tahun) dalam Kejohanan Catur Dunia.

Here Nur Nabila sharing her experiences in the World Age Group held in Turkey: -

Walaupun sekadar menduduki tempat ke-27 daripada 80 peserta, pengalaman tersebut sentiasa terpahat di dalam memorinya. Apatah lagi ketika itu, dia perlu bersaing dengan peserta dari Turki, Rusia, Kanada dan sebagainya. "Pertandingan di Turki antara pertandingan yang mencabar minda dan kekuatan fizikal. Saya bukan sahaja perlu menahan sejuk, malah terpaksa berhempas-pulas menentang peserta yang handal terutamanya pemain Turki.

"Gerak-geri mereka sukar ditafsirkan. Mereka bijak mengatur strategi," ujar Nabila yang bercita-cita menjadi jurulatih dan membuka kelas catur apabila dewasa kelak.

Bercerita mengenai cabarannya sebagai pencatur, Nabila menyifatkan proses pembelajaran merupakan cabaran yang paling berat.

Dia bukan sahaja perlu mengenali nama buah catur malah perlu menghafal pergerakan buah catur. Ini kerana setiap buah catur mempunyai langkah tersendiri.

Congratulations to Azman Hisham Che Doi (Nur Nabila's father) whom is also the treasurer of the Malaysian Chess Federation for his continuous support to his children in the development of chess in the country.  For more details click here.

Source: Kosmo

No comments: